Bismillah..
Pasti yang terbaik.
Jika kita redha dengan setiap yang Allah takdirkan.
Mengingati Allah dalam apa jua keadaan.
Menjaga hubungan dengan Allah.
Berasa kehadiran Allah dalam tindak tanduk kita.
Sentiasa bersyukur apa adanya.
Memintalah pada Sang Pemberi.
InsyaAllah 01/04/2013 bermulalah secara rasmi amanah sebagai dokter muda di Rumah Sakit Hasan Sadikin, Bandung. Bermula dengan department bedah selama 9 minggu mulai dengan subdivisi bedah orthoepedik. Proses sepanjang pre-koas, sehingga kepada penentuan kelompok besar, rotasi department dan kelompok perseptoran, adalah satu pengalaman yang tersendiri. Tidak putus-putus doa dan zikir supaya yang terbaik dariNya.
Semoga perjalanan ini dipermudahkan dan dikurniakan kejayaan dariNya.
Semoga diberi kekuatan untuk tetap menjaga ibadah denganNya dalam kesibukan yang tidak menentu.
Semoga dilembutkan hati insan-insan yang bakal berkongsi dan mengajarkan ilmu yang telah dahulu mereka peroleh baik itu profesor, residen, mahupun teman sejawat.
Semoga Allah memberi kesembuhan yang sempurna untuk pasien-pasien yang datang ke RSHS, kerana sakit kalian membantu proses pembelajaranku.
dan
Semoga Allah meredhai setiap waktu.
Allahuakbar!