Saturday, March 19, 2011

Kita Manusia

Bismillah...

Recently bnyk perkara yg berlaku menguji kesabaran dan keimanan..fitrah manusia mmg akan menangis apabila ditimpa sesuatu yg dianggap musibah baginya..penyelesaian terbaik dgn mengadu padaNya, mohon kpdNya, sentiasa mengingatiNya kerana Dia Yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu yang berlaku..

Fitrah manusia juga memiliki rasa iri hati dgn perkara yang ada pada org lain tetapi tidak ada pada diri sendiri, kecewa, sedih, x dpt dipisahkan.. sbg solusi kembalilah kpdNya

وَلاَ تَتَمَنَّوْاْ مَا فَضَّلَ اللّهُ بِهِ بَعْضَكُمْ عَلَى بَعْضٍ لِّلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِّمَّا اكْتَسَبُواْ وَلِلنِّسَاء نَصِيبٌ مِّمَّا اكْتَسَبْنَ وَاسْأَلُواْ اللّهَ مِن فَضْلِهِ إِنَّ اللّهَ كَانَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيماً

"Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Karena) bagi orang laki-laki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" (4:32)
Surah An-Nisa' ayat 32 ini penawar yang mujarab..

Kedatangan sang murabbi kena masanya, tatkala hati sedang kelaparan, tanpa dirancang namun Allah sebaik perancang..perkongsian singkat namun bnyk manfaat..kata sang murabbi 2 perkara yang telah Allah tetapkan ialah perkara yang Allah telah wajibkan keatas hambaNya dan takdir(perkara yg telah berlaku), Allah mengetahui apa yang kita tidak ketahui dan Allah tidak akan menzalimi kita walau sebesar zarah..

sudah takdir ku utk menerima ujian ini, dan aku yakin Allah tidak menzalimi diri ku, Allah Maha Mengetahui..

إِنَّ اللّهَ لاَ يَظْلِمُ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ وَإِن تَكُ حَسَنَةً يُضَاعِفْهَا وَيُؤْتِ مِن لَّدُنْهُ أَجْراً عَظِيماً

"Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarrah, dan jika ada kebajikan sebesar zarrah, niscaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar ."(4:40)

Akhir kalam,
kita tak perlu takut, kerana kita ada Pencipta kita
kita tak perlu risau, kerana kita ada Yang Maha Mengetahui
kita tak perlu khuatir, kerana kita yakin dengan ketentuanNya..

Kagum dengan ketabahan mereka~
Bersama anak-anak yatim program Tautan Hati (12/03/11)

No comments: