Monday, April 25, 2011

Rindunya..

Usai solat Dhuha pagi td, langsung menghubungi keluarga di Malaysia..rindu mendengar celoteh adik dan kakak, pesanan mak, nasihat ayah..mereka jauh beribu batu tetapi mereka dekat dihati..setelah lebih sejam bersembang, bercerita itu dan ini, ada perkara yang menyentuh hati ini..membuat diriku sebak sejenak..percakapan mak yang bersahaja tetapi bagi diri ku, aku tahu mak sangat-sangat merindui anak-anaknya yang berjauhan kerana berpergian menuntut ilmu..

“mak x lalu nak makan bila duk kat meja makan sorang2 tengah hari sementara tggu Mardhiah(adik bongsu) balik sekolah, kadang-kadang mak x makan sampai petang, tgu makan dgn ayah.. tu ayah cakap lepas ni print gambar anak-anak, besar2, tampal dkt kerusi makan satu-satu, rasa mcm x makan sorang2 la..(ketawa mak)”

Disebalik kata-kata yang bersahaja itu, walaupun kedengaran agak lucu tetapi bagiku mak sedang menanggung rindu terhadap anak-anaknya walaupun tidak diberitahu secara direct..ibu mana yang x sayangkan anaknya, ibu mana yang x rindukan anaknya, 9 bulan mengandungkan, bersabung nyawa melahirkan, bersusah payah mendidik dan membesarkan..

mak, kakngah pun rindu mak, smg Allah panjangkan usia mak dalam keimanan & ketakwaan dan mengurniakan kesihatan yang baik untuk terus beramal ibadah kpdNya.

Sahabat-sahabat di luar sana, pesan ku, walau sesibuk mana pun kalian belajar, menyelesaikan tugasan itu dan ini, meeting sana sini, bersuka ria dengan teman2, janganlah lupa emak dan ayah, hubungi mereka paling kurang seminggu sekali bertanya khabar..jgn tggu mereka menghubungi kita..kalau sanggup berhabis duit membeli baju baru, kasut baru, beg baru, kita juga kena sanggup berkorban duit untuk isi pulsa (top up) untuk menghubungi mereka yang sentiasa ingatkan kita..x lupa juga kita ingat mereka dalam doa kita sehari-hari
Berusahalah bersungguh-sungguh, mengejar cita-cita dunia dan tidak melupakan cita-cita akhirat untuk tidak menghampakan harapan ibu bapa kita dan yang paling utama rindu sang Pencipta kita, tatkala azan berkumandang, bersegeralah kalian untuk menyahut panggilanNya, berkomunikasi secara percuma dgnNya, melepaskan rindu padaNya, solatlah di awal waktu! =)

(pesanan buat diri dan pembaca) ~

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdo'a: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri ni'mat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri".(46:15)


No comments: