Dengan izin Allah dapat lagi merasai nikmat iman dan islam..
Berkesempatan untuk bertarawikh dan mendengar tazkirah di Masjid an-Najah, Pdg Serai baru-baru ini, antara intipati tazkirah oleh seorang ustaz ni adalah terdapat 2 golongan atas muka bumi ini yang sentiasa membisikan kejahatan ke dalam diri manusia iaitu golongan jin (syaitan) dan golongan manusia..
الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ
114.5. yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia,
مِنَ الْجِنَّةِ وَ النَّاسِ
114.6. dari (golongan) jin dan manusia. Menurut ustaz tersebut, dalam bulan Ramadhan ini sangat istimewa kerana Allah telah mengikat syaitan-syaitan dimasukkan ke 'jail', jadinya, manusia senang untuk beribadat, masjid-masjid pada waktu subuh penuh saf seperti sembahyang jumaat..walaupun tiada syaitan tetapi kita ada golongan manusia bertopengkan syaitan yang membisikan kejahatan. Satu kisah menarik yang di sampaikan oleh beliau (dengan sedikit tokok tambah oleh saya..hehe)
Si A bersiap-siap untuk menunaikan solat tarawikh di masjid, odw dia terjumpa dengan si B..Si B menghulurkan salam dan disambut oleh si A. Si B bertanya " nak pi mana ni?", "nak pi sembahyang tarawikh la, hang x p ka?", jawab si A..si B pun menjawab,"buat apa nak susah-susah pi masjid, sembahyang kat rumah sudah la, aku tengok hang ni kaki masjid tapi hidup cukup-cukup makan ja, naik motor kapcai, rumah kos rendah..hang tengok aku, hidup senang ja, pakai kereta, rumah banglo lagi"..si A terkedu dengan apa yang didengarnya~
Itulah kisahnya, manusia (si B) yang cuba untuk menghalang manusia dari jalan Allah..jikalau si A orang yang lemah imannnya berkemungkinan si A juga akan terbabas dari jalan yang 'lurus'..
Apa yang dapat saya simpulkan, kalau kita si A, sabar dengan ujian keimanan ini, sandarkan harapan dan pertolongan hanya kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui..
Kalau kita si B, mulakan perubahan ke arah kebaikan, mohon keampunan dari Allah, bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat..sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang
Kita bakal meninggalkan suasana tadarus quran, kita bakal meninggalkan suasana mengimarahkan masjid, kerana datangnya Syawal..sedih mahu meninggalkan Ramadhan, namun kita tetap perlu bersyukur dengan nikmat Aidilfitri yang Allah kurniakan kepada hamba-hambaNya yang beriman..
"Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami, terimalah ibadat kami sepanjang Ramadhan kali ini, jauhkanlah dari azab api nerakaMu, jadikan kami orang-orang yang sentiasa bersyukur dengan nikmat pemberianMu"
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H
Barakallahufik..

No comments:
Post a Comment