Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar
Tengok2 balik rupanya dah lama tiada entry baru untuk blog ini.
Benarlah kata Imam Hassan Al-Banna, kita punya banyak kerja/tanggungjawab dari masa yang kita ada.
Sekarang baru boleh menarik nafas lega sedikit kerana tanggungjawab sebagai sekretariat Bandung Games 2011 telah selesai secara rasminya tanggal 11 Disember yang lalu. Malah bukan itu sahaja, dengan rasminya tugas sebagai setiausaha program Qurban 1432H dan OASIS(orientasi antara siswa) Malaysia 2011 pun berakhir.
Dalam banyak tanggungjawab/tugasan itu, banyak jugalah ragam manusia yang diri ini dihadapkan dengan. Ada yang suka memberi tugasan saat-saat akhir, ada yang suka mengeluh walaupun tugas belum siap sepenuhnya, ada yang tidak menyiapkan tugasan sebaik mungkin, ada yang mengharapkan orang lain menyiapkan tugasan sendiri, ada yang kurang percaya diri dengan tugasan yang diberikan, ada yang menyusahkan orang lain, pokoknya segala-galanya ada lah yang...
TETAPI, semua ini kalau dilihat daripada satu sisi positif, semua ragam manusia ini mengajar diri ini SABAR.
Rasa nak marah : sabar.
Rasa geram : sabar
Rasa stress, tension : sabar
Rasa meluat, benci : sabar
Rasa putus asa : sabar
Macam mana nak sabar? Tips paling mudah, istighfar berkali-kali, katakan pada diri mungkin si fulan si fulan tidak mengetahui yang dilakukan adalah salah, dan fikir kalaulah Rasulullah s.a.w ada bersama kita, adakah tidak malu untuk kita pamerkan akhlak yang tidak baik dengan nak marah-marah, mengamuk tak tentu arah?
Insya Allah, hari ini kita tadabbur satu ayat Quran. Ayat yang mengingatkan saya pada Rasulullah SAW. Ayat yang mengingatkan kecintaan kita pada Rasulullah SAW. Dan ayat yang membuatkan saya terbayangkan andainya Rasulullah SAW ada bersama saya saat ini…
Ayatnya adalah ayat 21 Surah Al Ahzab.
Tadabburlah Surah Ahzab. Kisah tentang peperangan yang agung. Kisah tentang suasana cemas yang perlu dilalui oleh para Muslimin. Tiba-tiba dalam suasana cemas itu, Allah turunkan ayat ini. Kenapa eh? Kenapa di tengah-tengah gambaran suasana peperangan?
21. “Sesungguhnya pada akhlak Rasulullah itu terdapat contoh teladan yang baik bagi kamu, iaitu bagi mereka yang mengharapkan keredhaan Allah dan keselamatan pada hari Akhirat dan banyak mengingati Allah.”
Sebabnya dalam suasana yang sangat dahsyat, super duper stress itu pun, sahabat dapat melihat akhlaq Rasulullah SAW yang sangat hebat.
Dalam keadaan stress, saat itulah kita mengenal diri sendiri. Akhlaq kita yang sebenar-benarnya terlahir dalam keadaan stress.

No comments:
Post a Comment