Monday, May 17, 2010

Guru o Guru..

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki

Berguru kepala ajar

Ibarat bunga kembang tak jadi



Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.



Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.



Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.


Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Membaca sajak diatas terkenang kembali zaman sekolah tahun 2007 ketika di amanahkan untuk menjadi pengacara majlis sempena sambutan hari guru peringkat sekolah..itulah sajak yang pertama dan terakhir untuk dilafazkan di khalayak ramai (depan cg2 pulak tu)..why?? sebab x reti nak baca sajak..hehe =P
Untuk semua yang pernah menjadi cikgu kepada pelajar yang bernama Qatrunnada ni, terima kasih atas tunjuk ajar, didikan, kasih sayang, leteran nasihat, cubit manja, kerana semua ini 'its what i am today'..

SELAMAT HARI GURU

Dedicated specially to cikgu-cikgu di :
  • Tadika Islam Jelapang, Perak
  • SK Jelapang, Perak
  • SK Kampong Selamat, P.Pinang
  • SK Tasek Gelugor, P.Pinang
  • Park View School, Birmingham
  • SMK Kampong Selamat, P.Pinang

Guru-guru SMKKS

"Ya tuhanku, tambahkanlah ilmuku"

No comments: