Wednesday, May 26, 2010

Terima kasih semua..

Bismillah..
Syukur alhamdulillah kerana Allah telah memberi kesempatan untuk terus mencari bekal di dunia ini sebagai jambatan ke akhirat..sudah genap 20 tahun kembara seorang musafir di atas muka bumi ni 25 Mei yang lalu..
"Ya Allah, panjangkanlah usia ku utk terus beribadat kpd-mu, murahkanlah rezeki ku utk diinfakkan pada jalan-mu dan berkatilah hidup ku"
Alkisah bermula..
Jam 7.30 mlm 24 Mei, Mahir yg berada di bilik sebelah tiba2 dtg dgn lesunya mngejutkan ku yg sedang sibuk menyiapkan minit mesyuarat..
Mahir : Nada, jom g makan..lapar ketaq-ketaq ni..pastu kita g klinik, mahir demam la, cuba check badan mahir, panas x? (aku pun meletakkan tangan ke dahi Mahir, x panas sgt pun)
ku : nak makan mana?
Mahir : Refresh yuk..
ku : Jauhnyer
Mahir : Ala..habis tu, ayam laos mana buka mlm2 ni..kita makan dulu pastu g klinik
ku : Oklah..jap ea..(sambung menaip minit mesyuarat)
Dengan rasa berat hatinya utk meninggalkan kerja yg x siap lagi, lantas ku bersiap dan sekitar jam 8.10 dah sampai gerbang [kalau bukan kerana utk meneman Mahir ke klinik, malas dah nak keluar]..
ku : naik angkut ke?
Mahir : x yah la, kita jalan jer la, dekat jer pun
ku : larat ke, dah la demam
Mahir : x pa..
Sepanjang perjalanan ku sibuk menceritakan sekitar mesyuarat MT yang telah berlangsung, tiba2 berhenti bila dah sampai depan Cafe' & Library, punya semangat cerita sampai x sedar dah lepas belum Refresh, [dah memang x tahu Refresh kat mana]
Mahir : er, x tahu la..eh, tu mcm Bryant (kelibat seorg lelaki masuk ke Cafe' tu), jom masuk tanya dia
ku : erm..biar betul Mahir..
Melangkah la kami berdua masuk, ku meninjau-ninjau ruang dalam cafe', x de pun Bryant, tp Mahir dgn lajunyer berjalan masuk ke ruang tengah cafe' dan.....

"HaPPy BirThday to u, HappY BIrtHDay tO u !!.." lagu happy b'day bergema..
perasaan terharu tersangat-sangat bertambah dengan adanya kek yang specially made by Acab [kek batik yg sedap], present by Abu n Bryant [POOH kegemaran ku, tahu2 jer ku menyukai pooh], present by the girls, Fak, Mimi, Mahir, Ain [blouse putih yg unik dan cantik] dan kehadiran kesemua 12 org sahabat seperjuangan dari KTT utk memeriahkan malam sambutan hari lahir ku..Terima kasih semua =)

X cukup dengan itu, balik ke bilik, on FB, wishes birthday bertalu-talu sehingga mata dah lesu utk terus membalas setiap wishes,akhirnya, tidur jam 3.00pg..pagi esoknya, terlintas nak buka laptop sebelum ke kelas[perkara yg jarang ku lakukan], on FB tertera video "hepy bday nada!!" post by mimi..lantas tgn m'klik utk download..[another surprise!] terharu dgn video tu, sgt bermakna and no doubt its the best b'day present ever!..Terima kasih semua =)

Seharian, selepas pulang dari kelas menghadap laptop, membaca dan membalas ucapan yg berjumlah sekitar 120 daripada teman2 UNPAD, senior UNPAD, kawan2 KTT(especially ALL2), kawan2 UNITEN dulu, kawan2 SMKKS, junior sekolah, guru-guru, dan family..setiap perkara baik yang kalian doakan semoga Allah juga memberikan yang sama pada kalian..terima kasih semua =)

Last but not least, berkesempatan b'webcam dgn family di Malaysia selama sejam lebih [syukur internet ok]..mcm2 yg dibicarakan, sedikit sebanyak dpt mengurangkan rindu pada mak,ayah, kaklong, dan adik serta rindu mereka pada ku..
ku : terima kasih wish b'day..nak hadiah?
ayah & mak : hadiah? tunggu la balik M'sia [ada harapan nak dpt hadiah ni..hehe]
mak : dah 20 tahun ni..dah ada yg empunya ke?
tertawa ku mendengar pertanyaan emak dan dgn selamba ku menjawab lmbt lagi la mak =p

itulah alkisah sambutan hari ulangtahun ku ke-20..sujud syukur ku pada Allah..
  

2 comments:

nama saya ain said...

selamat gembira nada!

mahir said...

hu3~~ nada,,awat famouskan nama sy..malu! hehehe