Sunday, January 29, 2012

Zero to Hero

Alhamdulillah setelah hampir setahun buku Zero to Hero ini dibeli, baru berkesempatan menghabiskan pembacaan hari ini. Buku hasil tulisan Solikhin Abu Izzudin ini membawa pembaca mengenal potensi diri, membangun semangat diri untuk terus menebar manfaat kepada umat, menjadi insan yang bermanfaat kepada insan lain.
kata-kata indah disusun menjadi ayat
ayat-ayat disusun menjadi perenggan
perenggan-perenggan disusun menjadi karangan
karangan-karangan disusun menjadi kalam minda

Jadikan diri pelopor kebaikan, motivator keshalihan, motor amal shalih, akselerator keimanan, penggugah jiwa, penyala cinta, penyuluh dakwah."Barangsiapa menunjuki kebaikan, baginya pahala seperti pelakunya."

"Khiyarukum fil jahiliyah, khiyarukum fil Islam..sebaik-baik kamu dimasa jahiliyah, maka sebaik-baik pula di masa Islam."

Surga..surga..itulah obsesi kita. 
Milikilah harta dengan infaq dan shadaqah. 
Milikilah waktu dengan mencari ilmu
Milikilah ilmu dengan mengajarkan dan menularkan kepada orang lain
Milikilah harga diri dengan karya besar
Milikilah jiwa dengan cinta
Milikilah cinta dengan memberi
Milikilah kehormatan dengan menjaga diri
Milikilah keselamatan dengan melindungi
Milikilah akhlak mulia dengan pembiasaan
Milikilah kebahagiaan dengan kelapangan dan qana'ah
Milikilah keluarga dengan tarbiyah
Milikilah HATI dengan TAZKIYAH

Jadilah seperti pohon kurma yang banyak manfaatnya. Rasulullah saw bersabda, "Perumpamaan seorang mukmin adalah seperti sebatang pohon kurma. Apapun yang kamu ambil darinya akan memberikan manfaat kepadamu"(Diriwayatkan Ath-Thabrani dari Inu Umar ra.)

Jadilah seperti air yang suci lagi menyucikan, bergerak untuk menghidupkan, mengalir untuk kebaikan, memancar dengan kekuatan, dikelola menjadi pembangkit energi dahsyat kehidupan. Itulah pilar kesuksesan, kunci kebahagiaan dengan menebar kebaikan.

Milikilah Allah dengan selalu dekat denganNya
Milikilah Rasulullah dengan mentaati dan meneladaninya
Milikilah syafaat Al-Quran dengan membaca (tilawah), merenungkan (tadabbur), menghafalkan (tahfidz), mengamalkan dan mendakwahkannya

Miliki dengan memberi. Lalu jadilah engkau pribadi biasa dengan prestasi yang luar biasa!- Solikhin Abu Izzudin

"Ya Rabb, tunjukilah aku jalan keluar dari setiap permasalahan dalam hidupku, kurniakan aku ikhlas dan istiqamah, ya Rahman, kurniakan aku ikhlas dan istiqamah, ya Rahim, kurniakan aku ikhlas dan istiqamah" T.T

Wednesday, January 18, 2012

The Way of Love~

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!
The Prophet's Path, the Way of Love

Only by this Love you'll rise above
Like a dove that's been set free
Love with longing is the key
This love with longing is the key


Honey, nectar, sweetness and cream
Orchids blooming by a mountain stream
Starlit skies and waves on the sand
Next to love they can't stand
Next to this love they cannot stand


Yaa Robii yaa sarii'ar ridho irham man ro-su maalihir-rojaa
Wa thina maa qod sa-alnaa bi liqoo-i khoiril anaami,
Yaa khoiral a'anaami


The Prophet's Path, the Way of Love
Only by this Love you'll rise above
Like a dove that's been set free
Love with longing is the key
This love with longing is the key


Yaa man-ismuhu dawa wa dzikruhu syifaa-un lana
Robbiy faj'al mujtama'na ghoyatuhu husnul khitami
Bihusnul khitami


How can I find a way to express
Something that cannot be thought or guessed
Something more than just words
This love is neither seen nor heard
This love is neither seen nor heard


Love is the rope Given by Allah
It will save you from over flaw
Grasp it then He will draw you near


enjoy this song recently by Haddad Alwi and so 'touch' with this phrase
"Love is the rope Given by Allah
It will save you from over flaw
Grasp it then He will draw you near"

Ihfazillah yahfazka!!


Inspired with the Nihon people's attitude
"It's easier to go down a hill than up it, but the view is much better at the top"

Friday, January 6, 2012

Sampai bila?

Bismillah.
Assalamualaikum wbt

Sudah 6 hari kita melangkah dalam tahun baru masihi 2012 dan sudah sebulan lebih tahun baru hijrah meninggalkan kita (sudah pun 12 Safar 1433H ) hari ini.

Dalam kesibukan menghadapi final exam, syukur masih di beri kesempatan untuk 'menyuap makanan' kepada hati ini.

Pernah mendengar dari seorang mualaf, katanya, "Saya tidak pandai berkata-kata untuk mengajak orang buat baik, saya punya ilmu pun tak banyak, saya juga bukan dari orang yang mengambil bidang agama
TAPI itu semua tidak menghalang saya daripada berdakwah. Kerana saya berdakwah dengan akhlak saya. Sebaik-baik dakwah itu adalah melalui akhlak kita. Kita orang islam perlu pamer akhlak yang baik, tingkah laku yang sopan, kerana mulianya akhlak Nabi Muhammad saw, berapa ramai orang yang masuk islam kerana akhlak Baginda"

Hati saya membenarkan kata-katanya. Akan tetapi untuk hasil akhlak yang baik ibarat sebatang pokok, kita perlukan akar yang sihat supaya dapat menjalar menyerap air & nutrient dari tanah, akar perlu kuat mencengkam tanah supaya batang pokok teguh berdiri, kemudian menghasilkan ranting dan daun-daun yang merendangkan, memberi teduh. Akhlak adalah buah yang dihasilkan oleh pokok yang sihat dengan akar yang kuat ini.

 "Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik,akarnya kuat dan cabangnya menjulang ke langit,
 (pohon) itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu seizin Tuhannya. Dan Allah membuat perumpamaan itu untuk manusia agar mereka selalu ingat.
 Dan perumpamaan kalimat yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tegak sedikit pun." (QS 14:24-26)

Akidah/kalimah tauhid itulah akar bagi sebuah kehidupan. Mari bersama menjadi orang yang mengaku islam bukan kerana islam tertulis di atas kartu tanda nama kita. Mulakan langkah dengan menjaga hubungan dengan Allah. Introspeksi diri semula.
bagaimana kualiti dan kuantiti ibadah wajib kita?
ibadah-ibadah sunat kita? 
Masih berkira-kira masa untuk kita dengan Allah?  
 (Astaghfirullah, yang menulis ini juga kadang-kadang alpa dan tersasar, ya Rabb, ampuni hambaMu ini yang lemah lagi hina) 

Menyambumg kata-kata dari  mualaf tadi, saya membeli satu pen kemudian menggunakannya sehingga hampir habis ink, baru terlintas untuk memberi kepada sahabat saya. Agak-agak apa reaksi sahabat saya? Sudah tentu akan mengomel itu ini, "dah nak habis baru nak bagi."

Allah telah memberi peluang kita untuk hidup di muka bumi ini, sampai bila kita nak tunggu? jangan tunggu bila di hujung-hujung usia (ink pen nak habis)
baru kita nak bertaubat,
baru nak kembali kepada Allah 
baru nak buat amal kebaikan
baru nak cari/tuntut ilmu agama
baru nak fahami islam
baru nak praktik islam dalam kehidupan..

Kalau sempat alhamdulillah, kalau tak sempat? Naudzubillah

"TIADA HARI TANPA TAUBAT"
tagline yang saya kongsikan bersama adik-adik di setiap liqa' sebagai peringatan untuk diri ini dan mereka

Don't put a question mark, where Allah has put a fullstop.


Wallahu'alam~


Thursday, December 15, 2011

Istirehat terbaik

Dalam kesibukan dengan hal-hal tanzhim dan studi, sempat juga membaca satu blog yang mana saya akan kongsikan dalam entry kali ini.


Rumaysa resah. Meneliti jadual kelasnya minggu depan. Minggu ini banyak kelas yang dibatalkan dan perlu di ganti, memandangkan Final Exam semakin hampir. Taklifan yang diberi juga semakin banyak. Dia hanya terbayangkan bagaiman kesibukan yang bakal dilanda. 

Masih diingati bagaimana seksanya beberapa minggu yang lepas, dia dibelenggu dengan tiga assignment yang perlu disiapkan dalam masa tiga hari, dan beberapa kerja persatuan. Pada malam tersebut, lenguh-lenguh bahunya menghadap komputer, kerana kesemua kerjanya memerlukan khidmat komputer.

Tet..Tet..

Sms masuk ke Samsung galaxy S2 nya.

"Salamullah, akak. Saya tak dapat datang untuk Liqa' esok, ada shooting untuk Subjek English."

Tet..Tet...

Sms kedua masuk. 

Tet..Tet...Tet..

Bertalu-talu, tiga sms masuk. Menandakan adik liqa' nya membalas mesej.

"Boleh kak. Insya Allah," balas Hana.

"Insya Allah kak, " balas Nisa.

"Akak, saya sakit kepala, tak baik lagi demam," balas Kareena.

Begitulah rutin sebagai naqibah Liqa' untuk adik-adik tahun satu. Sembilan orang yang di hantar sms, beberapa kerat sahaja yang reply. Namun, itu bukan masalah buat Rumaysa, kerana dia tahu, sebagai pendakwah, kita bukan memaksa, tetapi mengajak. Mengajak pula, memerlukan kesanggupan orang yang di ajak untuk mengikut atau tidak.

Walaupun agak kecewa, Rumaysa cuba untuk mendekati adiknya yang seorang itu, Kareena, kerana dua kali berturut-turut dia tidak mengikuti Liqa'. 

"Kareena, semoga cepat sihat. Roommate awak macam mana? Dapat datang tak?"

Send.

Pandangannya ditumpukan semula ke laptopnya. Ligat jari jemari menaip. Sesekali dahinya berkerut-kerut meneliti setiap figura di screen laptopnya.

Tet..Tet..

"Dia pun sakit kepala, hari tu pengsan." Berkerut-kerut dahi Rumaysa berfikir. Namun dia cuba bersangka baik. Sesekali dia teringat, pengalamannya semasa menjadi ahli liqa'. Kadang-kadang dia culas juga menghadiri liqa' dan pernah mencari alasan untuk tidak hadir. Mungkin inilah balasannya, barangkali. Mungkin juga apa yang dikatakan adik liqa'nya itu benar.

'Aku perlu melawat mereka ni,' getus Rumaysa. 

Mungkin itulah cara terbaik untuk mengeratkan silaturrahim bersama adik liqa'. Di samping mencari sebab sebenar mereka alah ke majlis ilmu seperti liqa'.

Terdapat beberapa orang lagi yang tak pernah dijumpainya. Fikirnya, dia harus melakukan sesuatu untuk mendekati lagi 3 orang adiknya.


-------------------------------------

Usai tamat kelas Thermodymanic, Qaleesya menyapa.

"Assalamualaikum ukhti, macam mana usrah kelas kita? Semuanya baik-baik?"

Rumaysa menoleh. Senyum di simpul, sambil menjawab salam.

"Waalaikumussalam warahmatullah. Alhamdulillah, cuma ana baru buat dua kali. Minggu ni macam tak tak sempat." Qaleesya mengangguk. 

"Takpe Ukhti, semoga Allah permudahkan."

Senyum, masing-masing berbalas senyuman.

Rumaysa melangkah keluar kelas bersama sahabat-sahabatnya yang lain.

Walau kaki melangkah bersama, namun fikirannya terasing, jauh daripada sahabat-sahabatnya.

Kini, masih ada beberapa tanggung jawab yang tak dapat ditunaikan.

Liqa' untuk adik-adik tahun 1, Usrah untuk sahabat sekelas Engineering, dan juga permintaan sahabatnya, Dyarina pada awal semester untuk mengajarnya tajwid.

Kini hampir habis semester tersebut, namun satu kelas tajwid pun tak pernah di laksanakan. Alangkah serba salahnya dia merasakan.

"Rumaysa, jadi ke malam ni nak buat Liqa' sama dengan saya?" Aina menyapa dari belakang.

"Aina, insya Allah jadi. Saya ikut awak balik bilik awak. Nanti kita pergi sama-sama."

"Ok, jom," lalu Rumaysa mengekori langkah Aina.

-----------------------------------

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Eh, Rumaysa datang. Wah. Ada apa-apa istimewa ke ni datang sini? hehe..Bagus juga, tak pernah dia sampai sini."

"Hehe, saja nak melawat-melawat kamu semua. Lagipun kejap lagi ada Liqa', pergi dengan Aina."

"Owh..Sila lah buat macam rumah sendiri."

Rumaysa mendekati bilik Dyarina. Mengetuk pintu, seiring dengan memberi salam. Salam dijawab.

"Rumaysa! Wah. Jemput la masuk."

"Takde, saja nak jenguk-jenguk. Tengah buat apa tu?" sapa Rumaysa sambil melihat laptop masih terbuka di hadapan meja belajar Dyarina. 

"Korea~~! huhu..Tak habis-habis budak ni," tawa mereka bersama.

Walaupun itu agak mengecewakan, namun Rumaysa tahu. Apa yang berlaku mungkin salah dia juga. Mungkin salah dia yang tidak menyampaikan peringatan. Teringat kelas tajwid atas permintaan Dyarina. Insya Allah, dia akan selitkan sedikit tazkirah. Insya Allah.

-------------------------------------------------
**dari sidang penulis:

"Salah ke tengok korea?"

"Tengok negara korea tak salah, malah tak berdosa."

"Cerita korea?"

"Kalau cerita tu melalaikan, mestilah tak boleh. Ana dah pernah tengok dah, buat rasa macam nak bercinta aje. Makin lagha je jadi. Tak tahu la kalau enti tengok makin mendekatkan diri kepada Allah..Wallahua'lam..ana sekadar menyampaikan peringatan, terpulang enti nak ikut atau tak."



-------------------------------------------------------

Ahad itu, Rumaysa sudah menghitung-hitung kerjanya. 

Minggu depan, Mid Term Java, Lab Test Java, Mid Term Thermodynamic, kemudian lagi dua assignment tertangguh.

Kemudian, taklifan persatuan, perlu mengadakan mesyuarat, di samping siapkan kerja. Cuba mencari ruang untuk Usrah kelas, Liqa' dan Kelas tajwid.

Kalau ikutkan semangatnya yang tidak kuat, rasa stress juga menghadapi minggu hadapan, bersama beberapa kelas ganti.

Dia cuba berbaring, melepaskan lelah pemikiran, di samping melepaskan penat menyiapkan kerja.

Lantas teringat, sudah lama tidak membuka Facebook. Mana tahu ada yang bermanfaat di dalamnya. Membaca perkongsian daripada sahabat seperjuangan.

Ruqaiyah Hmy says:

{Teringat kata-kata seorang sahabat dulu (tak ingat siapa): mati adalah istirehat paling baik...
dan kata-kata imam hassan al-banna, lebih kurang macam ni, " seandainya kita sedar, sesungguhnya kerja kita lebih banyak daripada masa yang ada.."
jadi, jangan merungut kalau takde masa rehat...bak kata presiden SPMM,
"Pendakwah yang sentiasa berfikir masalah ummat, masih ada masa lagi untuk memikirkan tidurnya.
Pendakwah yang sentiasa berfikir masalah ummat secara serius, masih ada sedikit masa untuk memikirkan tidurnya.
Pendakwah yang berfikir secara serius dan bertindak, hanya punya masa untuk tertidur, bukan tidur."}

Berderaian air matanya. Subhanallah. Peringatan yang sangat sesuai untuknya. Insya Allah, takkan mengeluh lagi. Andai kata terasa lelah, semput nafasnya, maka ingatlah, itu sudah menjadi lumrah dan rutinnya sebagai Daie.


Wallahua'lam..

Perkara ini..

Bismillah
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar

Tengok2 balik rupanya dah lama tiada entry baru untuk blog ini.
Benarlah kata Imam Hassan Al-Banna, kita punya banyak kerja/tanggungjawab dari masa yang kita ada.

Sekarang baru boleh menarik nafas lega sedikit kerana tanggungjawab sebagai sekretariat Bandung Games 2011 telah selesai secara rasminya tanggal 11 Disember yang lalu. Malah bukan itu sahaja, dengan rasminya tugas sebagai setiausaha program Qurban 1432H dan OASIS(orientasi antara siswa) Malaysia 2011 pun berakhir.

Dalam banyak tanggungjawab/tugasan itu, banyak jugalah ragam manusia yang diri ini dihadapkan dengan. Ada yang suka memberi tugasan saat-saat akhir, ada yang suka mengeluh walaupun tugas belum siap sepenuhnya, ada yang tidak menyiapkan tugasan sebaik mungkin, ada yang mengharapkan orang lain menyiapkan tugasan sendiri, ada yang kurang percaya diri dengan tugasan yang diberikan, ada yang menyusahkan orang lain, pokoknya segala-galanya ada lah yang...

TETAPI, semua ini kalau dilihat daripada satu sisi positif, semua ragam manusia ini mengajar diri ini SABAR.

Rasa nak marah : sabar.
Rasa geram :  sabar
Rasa stress, tension :  sabar
Rasa meluat, benci : sabar
Rasa putus asa :  sabar

Macam mana nak sabar? Tips paling mudah, istighfar berkali-kali, katakan pada diri mungkin si fulan si fulan tidak mengetahui yang dilakukan adalah salah, dan fikir kalaulah Rasulullah s.a.w ada bersama kita, adakah tidak malu untuk kita pamerkan akhlak yang tidak baik dengan nak marah-marah, mengamuk tak tentu arah?


Insya Allah, hari ini kita tadabbur satu ayat Quran. Ayat yang mengingatkan saya pada Rasulullah SAW. Ayat yang mengingatkan kecintaan kita pada Rasulullah SAW. Dan ayat yang membuatkan saya terbayangkan andainya Rasulullah SAW ada bersama saya saat ini…

Ayatnya adalah ayat 21 Surah Al Ahzab. 

Tadabburlah Surah Ahzab. Kisah tentang peperangan yang agung. Kisah tentang suasana cemas yang perlu dilalui oleh para Muslimin. Tiba-tiba dalam suasana cemas itu, Allah turunkan ayat ini. Kenapa eh? Kenapa di tengah-tengah gambaran suasana peperangan?

21. “Sesungguhnya pada akhlak Rasulullah itu terdapat contoh teladan yang baik bagi kamu, iaitu bagi mereka yang mengharapkan keredhaan Allah dan keselamatan pada hari Akhirat dan banyak mengingati Allah.”

Sebabnya dalam suasana yang sangat dahsyat, super duper stress itu pun, sahabat dapat melihat akhlaq Rasulullah SAW yang sangat hebat.

Dalam keadaan stress, saat itulah kita mengenal diri sendiri. Akhlaq kita yang sebenar-benarnya terlahir dalam keadaan stress.

Thursday, October 27, 2011

Muhasabah























"Akak tengok kamu penat sangat", tegur sang murabbi seusai usrah. Hati saya terdetik saat soalan itu dilontarkan, adakah semua urusan (belajar, usrah, berorganisasi, etc ) yang saya lakukan selama ini ikhlas kerana Allah? adakah redha Allah atau redha manusia yang dicari? Saya istighfar berkali-kali. Semoga penat lelah saya ini Allah redha dan memberi ganjaran yang baik di sisiNya. Semoga penat lelah saya sekarang di dunia untuk mendapat istirehat yang kekal di akhirat kelak. Amin

Wednesday, October 19, 2011

Berlapang dada lah kamu (2)

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

Bismillah, jari jemari rancak menekan keypad, menyampaikan, menyebarluaskan kebaikan..insyaAllah
Seperti yang dijanjikan.....~berlapang dada lah kamu!

"Siapapun yang mencari saudara tanpa salah dan cacat cela maka ia tidak akan menemui saudaranya itu."



Kelapangan dada akan melahirkan sikap :
  1. Sentiasa memahami dan bukan minta difahami.
  2. Sentiasa mendengar dan bukan minta didengar.
  3. Sentiasa memperhatikan dan bukan minta perhatian.
Kita belum lagi memiliki sikap kelapangan dada yang sebenarnya jika :
  1. Kita masih belum dapat menempatkan orang lain seperti keadaan kita.
  2. Menyelami perasaan orang lain dengan sentuhan perasaan kita.
  3. Menyelami logik orang lain dengan logik kita.
Oleh kerana itu, kelapangan dada menuntut kita :
  1. Untuk lebih banyak mendengar dari berbicara.
  2. Lebih banyak beramal dari sekadar berkata-kata.

Wednesday, September 14, 2011

Berlapang dada lah kamu (1)

Bismillah..
Assalamualaikum wbt..

Ringkas seringkas mungkin..
Pesanan buat diri dan pembaca : " BERLAPANG DADA LAH KAMU "
Kenapa?
Perlukah?
InsyaAllah akan di update mengenai topik ini di lain entry..nantikan

*current mode :
-bersyukur dengan nikmat kesibukan sekarang..
-selepas seminggu bermula semester baru, homesick..rindu family kat rumah (T_T), rindu masa-masa cuti dihabiskan bersama


"Ya Allah, ku memohon ampun daripada Mu atas kelalaian & kelekaan ku daripada mengingatimu sebaik mungkin, ketika aku disibukkan dengan urusan dunia, sesungguhnya aku telah menzalimi diri ku sendiri"


Monday, August 29, 2011

2 Golongan?

Bismillah
Dengan izin Allah dapat lagi merasai nikmat iman dan islam..

Berkesempatan untuk bertarawikh dan mendengar tazkirah di Masjid an-Najah, Pdg Serai baru-baru ini, antara intipati tazkirah oleh seorang ustaz ni adalah terdapat 2 golongan atas muka bumi ini yang sentiasa membisikan kejahatan ke dalam diri manusia iaitu golongan jin (syaitan) dan golongan manusia..

الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ   


114.5. yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia,

مِنَ الْجِنَّةِ وَ النَّاسِ   
114.6. dari (golongan) jin dan manusia.

 Menurut ustaz tersebut, dalam bulan Ramadhan ini sangat istimewa  kerana Allah telah mengikat syaitan-syaitan dimasukkan ke 'jail', jadinya, manusia senang untuk beribadat, masjid-masjid pada waktu subuh penuh saf seperti sembahyang jumaat..walaupun tiada syaitan tetapi kita ada golongan manusia bertopengkan syaitan yang membisikan kejahatan. Satu kisah menarik yang di sampaikan oleh beliau (dengan sedikit tokok tambah oleh saya..hehe)

Si A bersiap-siap untuk menunaikan solat tarawikh di masjid, odw dia terjumpa dengan si B..Si B menghulurkan salam dan disambut oleh si A. Si B bertanya " nak pi mana ni?", "nak pi sembahyang tarawikh la, hang x p ka?", jawab si A..si B pun menjawab,"buat apa nak susah-susah pi masjid, sembahyang kat rumah sudah la, aku tengok hang ni kaki masjid tapi hidup cukup-cukup makan ja, naik motor kapcai, rumah kos rendah..hang tengok aku, hidup senang ja, pakai kereta, rumah banglo lagi"..si A terkedu dengan apa yang didengarnya~

Itulah kisahnya, manusia (si B) yang cuba untuk menghalang manusia dari jalan Allah..jikalau si A orang yang lemah imannnya berkemungkinan si A juga akan terbabas dari jalan yang 'lurus'..

Apa yang dapat saya simpulkan, kalau kita si A, sabar dengan ujian keimanan ini, sandarkan harapan dan pertolongan hanya kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui..
Kalau kita si B, mulakan perubahan ke arah kebaikan, mohon keampunan dari Allah, bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat..sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang

Kita bakal meninggalkan suasana tadarus quran, kita bakal meninggalkan suasana mengimarahkan masjid,  kerana datangnya Syawal..sedih mahu meninggalkan Ramadhan, namun kita tetap perlu bersyukur dengan nikmat Aidilfitri yang Allah kurniakan kepada hamba-hambaNya yang beriman..

"Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami, terimalah ibadat kami sepanjang Ramadhan kali ini, jauhkanlah dari azab api nerakaMu, jadikan kami orang-orang yang sentiasa bersyukur dengan nikmat pemberianMu"

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H
Barakallahufik..

Tuesday, August 2, 2011

Si penjual molen..

Assalaamualaikum wbt.

SALAM RAMADHAN 1432H
Dah hari kedua..Bagaimana checklist Ramadhan tahun ini? adakah masih 'on-track'?
Pesanan buat diri dan pembaca, jom sama-sama kita pergi shopping 'pahala' sbb skrg ada 'mega sale' n tawaran hebat dari pencipta kita ..beli 1 percuma 70 000, shopping mall ni buka 24/7..nak ke sana pun senang je, jalan yang lurus, x de jam, x de lampu isyarat merah..hijau sentiasa..jgn lepaskan peluang setahun sekali..mungkin ini peluang terakhir kita..siapa tahu?

ini la kuih molen
Berbalik kepada tajuk artikel ni 'si penjual molen'.. dah lama sebenarnya 'pending' nak tulis pasal ni, sebab x tahu nak mula macam mana..pertama sekali, mesti ada yang tertanya-tanya apa benda molen tu? haa..mai nak bagitau, molen tu adalah sejenis kuih yang cukup popular dekat Indonesia ni, kecilkan skop sikit dekat Bandung ni la..kuih ala-ala pastri ni selalunya inti pisang -'pisang molen' tapi sebab orang di sini kreatif sangat, macam-macam inti ada dari jem strawberry,cokelat sehinggalah kacang hijau dan pulut hitam, ada juga buah nenas..

ok..bukan ini yang nak dijadikan topik utama, apa yang lebih utama adalah tentang penjualnya..kenapa? apa yang best sangat dengan penjual dia?

Ada sebuah gerai menjual molen berdekatan dengan tempat saya tinggal, apa yang menariknya tentang penjual molen ini dia sangat hebat! Hebat bukan dalam teknik membuat molennnya, hebat bukan dalam melariskan jualannnya, tetapi HEBAT dalam menjaga pandangannya terhadap bukan mahram..suatu petang saya pergi membeli molen itu, saya mula rasa senang dengan tingkahnya..saya kira sebab imej saya dia berkelakuan begitu, namun tidak..setiap kali saya melintasi gerai beliau, saya pasti akan memandang ke arah penjual molen itu bagaimana tingkahnya sewaktu berurusan dengan pelanggan-pelanggannya yang lain..sama persis tingkahnya..menundukkan pandangan!!..saya sangat terkesan dengan akhlak si penjual molen itu..sejuk hati tengok..kenapa?

1. Dia seorang lelaki
2. Dia masih muda

Pada hemat saya, bukan senang saya nak jumpa dan berurusan dengan pemuda-pemuda di luar sana yang menjaga pandangannya di zaman yang penuh tipu daya ni [jgnlah compare dgn org2 yang duduk mesir,timur tengah semua tu, ini kita cakap dekat tempat-tempat 'biasa', orang-orangnya pun 'biasa']..ramai pemuda-pemudi yang memandang enteng hal ini..bila dah jumpa macam ini, itu yang membuatkan saya 'jatuh cinta' dengan AKHLAK beliau..

ini baru cakap tentang menjaga pandangan belum lagi masalah batas pergaulan, bersentuh sana sini dengan bukan mahram..cabaran hebat buat saya apabila hendak membayar wang angkut, kadang-kadang pak angkut tu SENGAJA memanjangkan jari-jemarinya untuk mencapai wang di tangan saya..sangat zalim! Tetapi sekarang saya dah bijak..hehe..saya tidak akan memberi tetapi saya akan meletakkannya di 'dashboard' angkut tu..alhamdulillah saya 'selamat', pak angkut tu pun 'selamat'..[kita bicara yang sengaja ye]

Allah SWT dah titipkan pesan mengenai hal ini dalam surah An-Nur ayat 30 , firmanNya :

قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ   
24.30. Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".

Dan Allah menyambung ayat ini pada ayat 31 :

24.31. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menjaga pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.


Cukup indah peraturan yang Allah dah tetapkan, lelaki ada, perempuan pun ada peranan masing-masing.. tak ada nak bias-bias..sama-sama kita muhasabah diri, 'polish' mana yang berhabuk, bercalar..letak 'antirust' mana yang berkarat..wallahualam~

Selamat menjalani ibadah puasa!

p/s: huhu..sambut Ramadhan dengan demam.bnyk perkara yang nak diselesaikan.."Ya Allah, kuatkanlah diri hambaMu ini, kurniakanlah kemudahan dalam urusan ke arah mencapai redhaMu"~

Tuesday, July 26, 2011

[An article without title]

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar jasmani? rohani? fizikal? dan emosi? pembaca-pembaca yang di rahmati Allah sekalian..
Syukur kepada Allah atas nikmat2 yang dikurniakan kepada hamba-hambaNya yang tidak terhitung nilainya sekalipun ia berbentuk musibah..alhamdulillah.

Selepas sebulan tidak di'update' blog ni kerana kekangan masa dan hal-hal lain, hari ni buka dan baca kembali 'post2' terdahulu dan terlintas di hati "panjangnya artikel untuk 2 'recent post' ni, mesti ada yang bosan/kurang berminat membaca sampai ke penghujung..huhu, maaf buat pembaca2 yang cepat berasa kebosanan..hehe, bagi saya kalau dah semangat untuk membaca, menambah ilmu, membuang kejahilan tu ada, panjang sepanjang lebuh raya utara selatan pun kita tetap sabar membaca..[wah, exaggerate la plak =)]

Erm, kali ni set tak nak tulis panjang-panjang, tapi tengoklah hasilnya nanti macam mana..hehe

Sedar tak sedar dah nak Ramadhan 1432H..
2.185. (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur
sejauh manakah persiapan kita? masih adakah hari yang belum diganti? mahukah Ramadhan yang dilalui nanti hanya sekadar menahan lapar dan dahaga?


Imam Ghazali mengklasifikasi puasa menjadi 3 strata atau tingkatan:
Strata 1: Puasa Awam/umum ( Kelas Ekonomi)
- Puasa ini dilakukan oleh sebagian besar orang. Puasanya hanya menahan makan, minum dan hawa nafsu. 
Strata 2: Puasa Khusus (kelas VIP)
- Puasa bukan saja menahan lapar, dahaga dan hawa nafsu, namun puasa diiringi dengan menjaga pendengaran, penglihatan, lidah/mulut, kaki dan tangan untuk tidak melakukan kemaksiatan seperti menahan pendengaran dari perkataan keji, hibah dan sejenisnya. 
Strata 3: Puasa Khusus yang dikhususkan ( kelas Eksekutif)
- Puasa ini merupakan strata tertinggi, karena puasa yang mengintegrasikan puasa strata1, strata 2 dan mengonsentrasikan hatinya untuk terus mendekatkan diri padaNYa.
~jom persiapkan diri kita semua untuk mencapai puasa strata3..insyaAllah
siapa x nak pergi syurga Allah naik 'flight' kelas eksekutif?

..refleksi diri, koreksi hati..dgn hati yang bersih, manisnya iman dirasai, pahitnya dosa dijauhi..
Sebagai penutup 'post' kali ini, jom amalkan doa ini :
"Ya Allah, kurniakanlah jiwa ini ketakwaan,bersihkanlah jiwa ini, engkaulah sebaik-baik membersihkan jiwa, engkaulah sebaik-baik perlindungannya dan empunyanya"

Tuesday, June 21, 2011

Tidak semudah ABC..

Bismillah..selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat~

“Allah menjanjikan kepada orang-orang mukmin, lelaki dan perempuan (akan mendapat) surga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, kekal mereka di dalamnya, dan (mendapat) tempat-tempat yang bagus di surga ‘Adn. Dan keridhaan Allah adalah lebih besar: itu adalah keberuntungan yang besar (At Taubah 72).”
Dari surat At Taubah 72 di atas, Allah menginformasikan kepada kita bahwa Mukmin laki-laki dan perempuan dijanjikan-Nya untuk mendapatkan surga dan tempat yang bagus di surga ‘Adn. Dan Allah tegaskan lagi bahwa ridho Allah, jauh lebih besar, lebih utama dan lebih penting daripada surgaNya. Ridho Allah itu adalah keberuntungan yang besar.
Itulah sebabnya, salah satu yang kita cari dalam hidup ini adalah mendapatkan ridho Allah. Karena dengan ridho Allah, kita akan selamat di dunia dan akhirat, akan bahagia di dunia akhirat, insyaAllah.
Mungkin ini jugalah yang menyebabkan seorang sufi wanita terkenal, Rabi’ah al-Adawiyah, melantunkan salah satu doanya yang sangat fenomenal, dan sering dikutip dalam beberapa buku. Antara lain isi do’anya tersebut: “Ya Allah, yang aku cari dalam hidupku ini adalah ridho-Mu. Seandainya aku beribadah hanya karena ingin masuk ke dalam surgaMu maka jangan Engkau masukkan aku ke dalam surgaMu. Begitu juga seandainya aku menjauhi maksiat, dosa, hanya karena takut dengan nerakaMu, maka masukkan aku ke nerakaMu. Karena yang aku cari dalam hidupku bukan surga dan juga bukan menjauhi neraka, tapi mendapatkan ridhoMu. Bagiku yang terpenting adalah ridhoMu. Kalalulah aku masuk ke dalam nerakaMu tapi Engkau ridho maka ini jauh lebih aku sukai daripada aku masuk surga tapi Engkau tidak ridho. Karena yang terpenting bagiku adalah ridoMu”.

Persoalannya adalah, bagaimana caranya mendapat ridho Allah dalam hidup kita ini.
Radhiallohu ‘anhuma wa radhu’anhu
Dalam Al Qur’an surat Bayyinah ayat 8, Allah berfirman: “…Allah ridho kepada mereka dan merekapun ridho kepadaNya…”
Dari sini kita tahu bahwa kalau ingin mendapatkan ridho Allah maka kita harus terlebih dahulu ridho dengan apapun yang Allah berikan, yang Allah tetapkan untuk kita.
Yang dimaksud ridho disini tidak hanya sekedar menerima apa yang diberikan Allah, apa yang ditetapkan Allah, tapi menyukai apapun yang diberikan Allah. Tanpa pilih-pilih. Sehat ridho, sakit juga ridho. Usaha sukses ridho, bangkrut juga ridho. Sukai apapun yang diberikan Allah. Inilah ridho.
Masalah kita selama ini, hanya menyukai apa yang disenangi oleh hawa nafsu kita. Padahal Allah sudah memberitahukan di dalam surat al Baqarah 216: “Telah diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal itu buruk bagimu; Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
Dari ayat 216 surat Al Baqarah di atas, Allah ingin memberitahu bahwa tidak selamanya sesuatu yang kita senangi baik untuk kita. Bisa saja sesuatu yang kita benci itu justru malah baik bagi kita.
Jadi, kalau menginginkan ridho Allah tidak ada cara lain, kecuali menyukai semua takdir\, ketetapan, pemberian Allah. Tanpa kecuali. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Kita tidak tahu apa-apa tentang apa yang terbaik untuk diri kita. Dan inilah cara pertama mendapatkan ridho Allah.
Berpikir positif terhadap Allah
Cara kedua, bagaimana mendapatkan ridho Allah, adalah dengan berpikir positif terhadap Allah.
Salah satu diantara nama Allah dalam Asmaul Husna adalah ar Rahman dan ar Rahim. Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kalaulah kita yakin, seyakin-yakinnya bahwa Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang, maka tidak akan pernah kita mengeluh, gelisah, khawatir, dalam hidup ini. Karena Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, tidak akan mungkin mendzolimi, menyengsarakan dan membuat menderita hambaNya.
Masalahnya, kita saja yang kadang-kadang tidak yakin bahwa Allah pasti memberikan yang terbaik untuk kita. Padahal Allah sudah janji dalam Al Quran surat Ali Imran ayat 191: “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” Ayat ini ingin menyampaikan pesan kepada kita bahwa apapun yang diberikan Allah kepada kita, apapun yang ditetapkan Allah untuk kita, tidak ada yang percuma. Tidak ada yang sia-sia. Pasti semua ada hikmahnya. Ada manfaatnya. Karena Allah berpantang melakukan yang bathil. Berpantang berbuat sia-sia.
Bahkan Allah tegaskan lagi, ‘subhaanaka’, Maha Suci Engkau, artinya Allah terlalu suci untuk berbat yang bathil, yang sia-sia. Allah ingin mengatakan bahwa apapun yang Allah takdirkan untuk hambaNya semata-mata demi kebaikan si hambaNya. Oleh karena itu, tidak ada alasan untuk tidak berpikir positif kepada Allah. Apalagi firman Allah dalam hadis qudsi: “ Aku tergantung persangkaan hambaKu kepadaKu.”Artinya, kalau kita berpikir positif terhadap Allah, maka yang akan Allah tetapkan untuk kita pasti hal-hal yang positif, yang baik-baik. Dan itu artinya Allah ridho dengan kita.
Bersyukur kepada Allah

Cara ketiga untuk mendapat ridho Allah adalah dengan mensyukuri nikmat Allah. Bersyukur terhadap nikmat Allah salah satu bentuk cara menghargai anugerah Allah untuk kita.

Kenapa kita harus bersyukur kepada Allah? Antara lain karena semua yang kita miliki sekarang ini adalah dari Allah. Seperti firman Allah dalam surat An Nahl 53: “Dan apa saja nikmat yang pada kamu, maka dari Allah-lah (datangnya), dan bila kamu ditimpa oleh kemudharatan, maka hanya kepada-Nya-lah kamu meminta pertolongan.”
Kemudian masih dalam surat yang sama, An Nahl ayat 114. Allah berfirman: “Dan bersyukurlah dengan nikmat Allah.”
Jadi bersyukur kepada Allah itu, disamping perintah Allah, seperti yang disebutkan dalam An-Nahl 114 diatas, juga sebagai salah satu cara untuk mendapatkan tambahan nikmat Allah lainnya. Sebagaimana Allah sebutkan dalam Ibrahim ayat 7: “Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur dengan nikmat Allah yang sudah ada, maka akan Allah tambahkan nikmat yang belum ada. Tapi jika tidak bersyukur atau kufur, maka azabKu sungguh sangat pedih.”
Dan yang lebih dahsyat lagi ketika Allah berjanji kepada orang-orang yang beryukur adalah, sewaktu Allah berfirman dalam surat az Zumar ayat 7: “Dan jika kamu bersyukur Allah ridho padamu”.
Apalagi yang lebih hebat daripada mendapatkan ridho Allah? Dan itu bisa kita dapatkan dengan bersyukur kepada Allah. Padahal mendapat ridho Allah sesuatu yang sangat penting, besar, utama, sebagaimana yang telah dikutipkan dalam tulisan ini.
Akhirnya, semoga Allah jadikan kita hambaNya yang selalu mendapat ridhoNya. Agar kita bahagia dunia-akhirat. Amiin.
Drs. H. Bakhrim Ma’as
Artikel dari http://ayuseite.wordpress.com/2010/05/31/hidup-bahagia-dengan-ridho-allah/
Ayuh semangat wahai diri dan teman berusaha mendapatkan redha Allah walaupun tidak semudah ABC..
p/s: still in final exam mood..4 papers more to go..Allahu musta'an~