Monday, April 25, 2011

Rindunya..

Usai solat Dhuha pagi td, langsung menghubungi keluarga di Malaysia..rindu mendengar celoteh adik dan kakak, pesanan mak, nasihat ayah..mereka jauh beribu batu tetapi mereka dekat dihati..setelah lebih sejam bersembang, bercerita itu dan ini, ada perkara yang menyentuh hati ini..membuat diriku sebak sejenak..percakapan mak yang bersahaja tetapi bagi diri ku, aku tahu mak sangat-sangat merindui anak-anaknya yang berjauhan kerana berpergian menuntut ilmu..

“mak x lalu nak makan bila duk kat meja makan sorang2 tengah hari sementara tggu Mardhiah(adik bongsu) balik sekolah, kadang-kadang mak x makan sampai petang, tgu makan dgn ayah.. tu ayah cakap lepas ni print gambar anak-anak, besar2, tampal dkt kerusi makan satu-satu, rasa mcm x makan sorang2 la..(ketawa mak)”

Disebalik kata-kata yang bersahaja itu, walaupun kedengaran agak lucu tetapi bagiku mak sedang menanggung rindu terhadap anak-anaknya walaupun tidak diberitahu secara direct..ibu mana yang x sayangkan anaknya, ibu mana yang x rindukan anaknya, 9 bulan mengandungkan, bersabung nyawa melahirkan, bersusah payah mendidik dan membesarkan..

mak, kakngah pun rindu mak, smg Allah panjangkan usia mak dalam keimanan & ketakwaan dan mengurniakan kesihatan yang baik untuk terus beramal ibadah kpdNya.

Sahabat-sahabat di luar sana, pesan ku, walau sesibuk mana pun kalian belajar, menyelesaikan tugasan itu dan ini, meeting sana sini, bersuka ria dengan teman2, janganlah lupa emak dan ayah, hubungi mereka paling kurang seminggu sekali bertanya khabar..jgn tggu mereka menghubungi kita..kalau sanggup berhabis duit membeli baju baru, kasut baru, beg baru, kita juga kena sanggup berkorban duit untuk isi pulsa (top up) untuk menghubungi mereka yang sentiasa ingatkan kita..x lupa juga kita ingat mereka dalam doa kita sehari-hari
Berusahalah bersungguh-sungguh, mengejar cita-cita dunia dan tidak melupakan cita-cita akhirat untuk tidak menghampakan harapan ibu bapa kita dan yang paling utama rindu sang Pencipta kita, tatkala azan berkumandang, bersegeralah kalian untuk menyahut panggilanNya, berkomunikasi secara percuma dgnNya, melepaskan rindu padaNya, solatlah di awal waktu! =)

(pesanan buat diri dan pembaca) ~

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdo'a: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri ni'mat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri".(46:15)


Sunday, March 27, 2011

Jom main teka-teki..

Bismillah..

Sebut je teka-teki pasti semua akan terbayang soalan2 mcm apa benda yang bila kita...jd ...
teringat zaman sekolah dulu, selalu main2 teka-teki ni bila cikgu lambat masuk kelas..haha
TAPI kali ni teka teki ni berbeza dgn sebelum ni yang saya pernah main..jom kita berteka-teki..

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita
ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA
LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA
NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah
pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka
kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun
Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali
didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan
dunia, kita tinggalkan solat

Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah
LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati
dan melukai perasaan saudaranya sendiri

diambil dari seorang hamba Allah yang meng'post' di salah satu group di facebook (^^)v

Saturday, March 19, 2011

Kita Manusia

Bismillah...

Recently bnyk perkara yg berlaku menguji kesabaran dan keimanan..fitrah manusia mmg akan menangis apabila ditimpa sesuatu yg dianggap musibah baginya..penyelesaian terbaik dgn mengadu padaNya, mohon kpdNya, sentiasa mengingatiNya kerana Dia Yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu yang berlaku..

Fitrah manusia juga memiliki rasa iri hati dgn perkara yang ada pada org lain tetapi tidak ada pada diri sendiri, kecewa, sedih, x dpt dipisahkan.. sbg solusi kembalilah kpdNya

وَلاَ تَتَمَنَّوْاْ مَا فَضَّلَ اللّهُ بِهِ بَعْضَكُمْ عَلَى بَعْضٍ لِّلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِّمَّا اكْتَسَبُواْ وَلِلنِّسَاء نَصِيبٌ مِّمَّا اكْتَسَبْنَ وَاسْأَلُواْ اللّهَ مِن فَضْلِهِ إِنَّ اللّهَ كَانَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيماً

"Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Karena) bagi orang laki-laki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" (4:32)
Surah An-Nisa' ayat 32 ini penawar yang mujarab..

Kedatangan sang murabbi kena masanya, tatkala hati sedang kelaparan, tanpa dirancang namun Allah sebaik perancang..perkongsian singkat namun bnyk manfaat..kata sang murabbi 2 perkara yang telah Allah tetapkan ialah perkara yang Allah telah wajibkan keatas hambaNya dan takdir(perkara yg telah berlaku), Allah mengetahui apa yang kita tidak ketahui dan Allah tidak akan menzalimi kita walau sebesar zarah..

sudah takdir ku utk menerima ujian ini, dan aku yakin Allah tidak menzalimi diri ku, Allah Maha Mengetahui..

إِنَّ اللّهَ لاَ يَظْلِمُ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ وَإِن تَكُ حَسَنَةً يُضَاعِفْهَا وَيُؤْتِ مِن لَّدُنْهُ أَجْراً عَظِيماً

"Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarrah, dan jika ada kebajikan sebesar zarrah, niscaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar ."(4:40)

Akhir kalam,
kita tak perlu takut, kerana kita ada Pencipta kita
kita tak perlu risau, kerana kita ada Yang Maha Mengetahui
kita tak perlu khuatir, kerana kita yakin dengan ketentuanNya..

Kagum dengan ketabahan mereka~
Bersama anak-anak yatim program Tautan Hati (12/03/11)

Sunday, March 13, 2011

KITA dan MEREKA

Bismillah..
Dengan nama Allah..
aku mulakan langkah..

KITA dan MEREKA
sama sahaja
kerna kita manusia
mereka manusia

KITA dan MEREKA
ada bedanya
kerna kita mampu
mereka kurang mampu

pakaian kita, pakaian mewah2
berjenama..Alpha lauren, Polo, Roxy, Scholl, Clarks, Giordini, dll
pakaian mereka, pakaian murahan
tiada jenama..hanya bekas orang, hasil sumbangan ihsan orang

tidur kita, beralaskan tilam empuk
tidur mereka, beralaskan tikar semata

makanan kita, sedap dan mewah belaka
makanan mereka, yang asas pun sukar nak dapat

rumah kita, berdindingkan batu simen, berlantaikan batu marmar granite
rumah mereka, berdindingkan kayu nipah, berlantaikan bumi

hidup kita, serba lengkap serba moden
hidup mereka, serba kekurangan serba konvensional

kita punya laptop, blackberry, ipad, iphone, dslr
mereka?
untuk membeli hp pun perit sekali

kita bergerak sana-sini berbangga dengan kereta mewah,
Merc, BMW, Toyota, Honda, Jaguar
mereka?
hanya mampu dengan 2 kaki paling tidak 2 tayar motor

peluang pendidikan kita, cerah dan mudah
mereka?
sangat susah, dan sukar kerana tiada wang

kesihatan kita, ada doktor persendirian lagi
mereka?
mendapat khidmat sang doktor jauh sekali

KITA dan MEREKA
harus sentiasa bersyukur
kerna nikmat Allah tidak terhitung nilainya

وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَةَ اللّهِ لاَ تُحْصُوهَا إِنَّ اللّهَ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ
 Dan jika kamu menghitung-hitung ni'mat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (16:18)

KITA dan MEREKA
harus sentiasa bersyukur
kerna semuanya adalah rezeki dari Allah

اللّهُ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَقَدِرُ وَفَرِحُواْ بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا فِي الآخِرَةِ إِلاَّ مَتَاعٌ

 Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki. Mereka bergembira dengan kehidupan di dunia, padahal kehidupan dunia itu (dibanding dengan) kehidupan akhirat, hanyalah kesenangan (yang sedikit).(13:26)

KITA dan MEREKA...


bersama anak2 istimewa (pekak), Sekolah Luar Biasa (SLB) Negeri Cicendo, Bandung

Saturday, January 29, 2011

Lagi sayang, lagi diuji~

"Abang, betul ke kalau Allah sayang kita, Dia akan uji kita dengan banyak ujian?" satu soalan singgah ke peti masuk mesej telefon saya.
"Macam mana kalau tak betul?"

Kepada adikku, inilah jawapan abangmu.
Adikku,

Apabila kamu persoalkan kasih sayang manusia kepada kamu, maka abang sangat berlapang dada bahawa manusia ini memang terlalu nipis lapis kasih dan sangat kecil pula kotak sayang yang mereka miliki.
Tetapi yang kamu persoalkan ini adalah kasih sayang Tuhan-Mu. Dia yang dengan jelas menyebut diri-Nya sebagai Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, di setiap surah di dalam Al-Qur'an. Adakah sejak abang ke sini lantas kamu juga meringankan tilawah yang wajib ini?

Jika benar, maka mari abang mengajakmu supaya kita sama-sama menyelak kembali lembaran suci yang setiap ayatnya membersihkan jiwa ini. Perhatikan, bahawa Allah telah memberi peringatan kepada kita dengan firman-Nya:
وَإِذَا أَذَقْنَا النَّاسَ رَحْمَةً فَرِحُوا بِهَا وَإِن تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ إِذَا هُمْ يَقْنَطُونَ   أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّ اللَّهَ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَاءُ وَيَقْدِرُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
"Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa. Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman." (Surah Ar-Rum: 36-37)

Ujian Kesempitan Adalah Hasil Kecuaianmu

Adikku,
Apakah rasamu mendengarkan ayat Alllah di atas? Tidakkah kamu melihat kesenangan dan kemudahan hidup sebagai ujian Allah, sama seperti kesempitan hidup yang kamu dakwakan sedang Allah timpakan kepada kamu sekarang?
Fikirkan juga wahai adikku, semua kesusahan yang kamu deritakan ini hanyalah berpunca dari kelalaianmu sendiri. Kamu gagal mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaanmu, bukankah itu natijah dari kemalasan dan kekurangan strategimu dalam mengulangkaji pelajaran? Atau kamu masih angkuh menafikannya?
Kemudian, kamu sibuk mengatakan ummi asyik marahkan kamu, kawan-kawan pula gemar menaikkan darahmu, kenanglah semula wahai adikku. Sejauh mana kamu berakhlak dengan mereka? Apakah kamu benar-benar berlaku adil dengan mereka? Bahkan sekalipun kamu sudah berakhlak sebaiknya dengan mereka, sepatutnya kamu ingat kepada baginda Nabi sebagai manusia yang luar biasa akhlaknya tetap juga dilukai manusia.
Namun, jika ujianmu benar terlalu berat, tiada apa yang dapat abang nasihatkanmu melainkan mengajakmu supaya sentiasa bersabar. Bersabar, bersabar, dan teruslah bersabar kerana untuk orang-orang yang bersabar, ganjarannya adalah seinfiniti pahala. Itu janji Tuhan. Bersabarlah kerana deritamu ini sangat sedikit berbanding kehidupan akhirat nanti. Adakah dapat kamu bayangkan kesusahan dunia sekitar empat, lima tahun, puluhan tahun sekalipun jika dibandingkan dengan kebahagiaan akhirat yang tahunnya tidak akan habis?

Hidup ini bukanlah selama-lamanya, bahkan bukan lama pun. Apabila kamu sudah merasai kehidupan, maka bersedialah pula untuk mati. Ingatlah kepada kematian, fikirkanlah tentang akhirat, kamu akan insaf nanti.

Ujian Ini Nikmat Keimanan

Adikku, tidakkah kamu mengaku bahawa kamu ini orang beriman. Sedangkan jika benar, pastinya kamu pernah mendengar firman Allah ini,
وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ أَمْ حَسِبَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ أَن يَسْبِقُونَا سَاء مَا يَحْكُمُونَ
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." (Surah Al-Ankabut: 3-4)

Sekarang, persoalkan dirimu sendiri, mana bukti keimananmu? Adakah layak kamu mengaku beriman kepada Allah, kepada rasul-Nya, sedangkan kamu tidak yakin bahawa ujian ini daripada-Nya untuk menguji keimananmu?
Para sahabat nabi, mereka membenarkan iman mereka dengan menyediakan leher-leher mereka di medan perang untuk mengembangkan Islam. Bahkan seluruh para tabiin, hidup mereka tiada keseronokan melainkan dalam keasyikan bersama ujian dan tarbiyah daripada Allah. Maka jika ini menjadi bukti keimanan mereka, mengapa kita tidak sanggup membuktikan keimanan dengan menghadapi ujian hidup ini bersama kesabaran terhebat yang mampu kita persembahkan?

Alangkah Baiknya Bahawa Yang Mengatur Adalah Allah

Adik, hidup kita semalam, pagi tadi, dan sekarang Allah yang atur. Malah kalau kita mati sekejap lagi, itu pun Allah yang atur. Bukankah sangat baiknya hidup kita ini yang mengaturnya adalah Allah?
Atau fikirmu bahawa kamu sendiri dapat mengaturkan hidupmu dengan cara yang kamu sendiri mahu? Urusan kebahagianmu kamu uruskan sepenuhnya, tanpa cahaya petunjuk daripada Allah. Begitukah yang kamu mahu?
Jika kamu menjawab tidak, maka kembalikanlah keyakinanmu. Tuhan tidak mengujimu dengan sia-sia. Bahkan dia merancang untuk kamu kebaikan yang tidak dapat kamu bayangkan.

Pernah suatu hari Saiyidina Umar datang menghadap nabi dengan membawa beberapa orang tawanan. Di antara para tawanan itu terlihat seorang wanita sedang mencari-cari, lalu apabila dia mendapatkan seorang bayi di antara tawanan, dia terus mengambil bayi itu lalu mendakapkannya ke perut untuk disusui.
Lalu Rasulullah saw. bersabda: Bagaimana pendapat kamu sekalian, apakah wanita ini akan melemparkan anaknya ke dalam api? Para sahabat menjawab: Tidak, demi Allah, sedangkan dia mampu untuk tidak melemparnya. Rasulullah saw. bersabda: Sungguh Allah lebih mengasihi hamba-Nya daripada wanita ini terhadap anaknya.

Adik, ummi sayangkan kamu pun tidak sampai 0.001 peratus daripada Tuhan sayangkan kamu!

- Petikan Artikel iluvislam.com

Selepas berhari-hari menelaah kertas-kertas case review sbg persiapan SOCA, semalam (jumaat) berakhir sudah, keputusan tidaklah suatu yg boleh dibanggakan =( namu kekecewaan terubat dgn membaca artikel ini, sgt terkesan..huhu final sem 3 masih bersisa 2-3 hari lagi..teruskan usaha, doa dan tawakal wahai diri dan teman2 seperjuangan!

وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى

53.39. dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya

Saturday, November 20, 2010

peristiwa itu~

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

Syukur krn diberi kesempatan utk tgn ini terus menaip, menyampaikan apa yg tersirat n tersurat..slps last entry september lalu, hari ni terasa rindu utk mengupdate blog yg dah lama bersarang..huhu..x tahu nak mula dgn apa, mcm mana, cerita apa (^_^')..ok2 dah2 ckup dgn mukadimah ni..lets begin~


jamuan raya batch09

rewind
Pindah msuk rumah -> Remedial exam -> Judicium II ->Balik cuti 2 mgu di Malaysia -> 1st week of 2nd
year -> Raya b'sama family di tanah air tercinta -> 2nd year life begin officially -> involve as AJK Bandung Games 2010 -> incharge of batch 2009 raya open house -> sibuk sbg ajk acara Qurban 1431H -> midsem exam -> sambutan raya Aidiladha.
stop




Bandung Games 10/10/10

Sabtu,18 Sept.2010..sesampainya ke rumah slps pulang dari keluar membeli kelengkapan n persiapan utk pulang semula ke Bandung keesokan hari, jantung bagai nak putus saat ayah berkata " sape masuk rumah kita ni ?", ku lihat ada sebuah motor terpakir kemas di porch kereta, kira2 15 minit menunggu didalam kereta sambil menghubungi balai polis terdekat, keluarlah kelibat seorang pemuda yg dah ready nak pecut dgn motornya, tiada brg yg dicuri dibawanya bersama, kemudian keluar pemuda kedua bersama luggage bag yg akan ku guna esok utk pulang ke Bandung dan laptop bag kakak..ku mengucap panjang sambil beristighfar..hati ku sedih saat itu, air mata x dpt lg dibendung..mereka menyedari kehadiran kami, dan terus memecut laju, menyelamatkan diri..mereka berjaya..fikiran berkecamuk memikirkan passport ku, brg2 penting yg lain yg ada bersama bag itu..masuk ke rumah stlh selesai urusan dgn pihak polis, ku bersyukur krn passport ku tidak dibawa bersama (klau tidak lg bertambah mslh n berkemungkinan ku x dpt pulang seperti dirancang), pakaian2 dlm luggage bersepah atas lantai, laptop ku masih selamat tidak terusik didalam almari krn dgn kuasa Allah, pencuri tu x terlintas hati mereka utk membuka pintu almari tersebut..namun, masih ada sisa2 brg dlm backpack yg dibawa lari n luggage bag yg tidak dikeluarkan oleh manusia bergelar pencuri itu..ku kehilangan hp yg dlmnya t'dpt simcard no.Indonesiaku, kunci rumah ku di Bandung, USB Hp ku, earphone, stationary, purse yg dlmnya tersimpan gmbr2 shbt2 lama & bnyk lg brg yg ku syg..Allah saja yg tahu betapa sedih hati ni, dgn memikirkan esok dah nak balik ke Bandung, mcm mana nak msuk bilik,kunci hilang, nak berhadapan dgn tuan rumah,nak kena beli no.baru slps smpai di Bandung, nak kena beli luggage baru, alat-alat tulis baru dan trauma yg masih bersisa..ujian Allah buat diri ini mungkin atas kekhilafan diriku, mungkinku alpa menjaga hubungan dgnNya dan mungkin jg Allah memberi kasih-sygNya dgn cara begini..

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

2.155. Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.

sesungguhnya kami milik Allah dan kpd-Nyalah kami kembali..
ku berdoa smg 2 pemuda tersebut mndpt hidayah Allah dan bertaubat dan menjadikan rumah ku sbg rumah terakhir mereka melakukan kerja terkutuk ini.amin

p/s : mari sama2 kita merawat hati kita kerana penyakit hati ini sgt berbahaya klau x di bg treatment yg betul =)


2nd year

Aidilfitri with siblings

Aidiladha 1431H


Saturday, September 4, 2010

pakai cincin?

Dengan nama Allah yang maha pemurah lg maha penyayang..

Pejam celik, pejam celik, dah hampir ke penghujung Ramadhan 1431H tahun ni..sedih ke gembira untuk meninggalkan bulan Ramdhan ni?? tepuklah dada tanya selera..ingin sekadar berkongsi satu info yang boleh dikatakan berguna juga..so selamat membaca and beramal..

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang nak ikut ..
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppsskhinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.
The Truth
Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidakmembayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak. Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.
Percayalah.
Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk
Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian
Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)
Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))
wallahu a'lam.

Tahukah anda :
1) Ramadhan bakal melabuhkan tirainya, so Selamat Hari Raya untuk semua kenalan..semoga kita berjaya meneruskan semangat Ramadhan di sebelas bulan mendatang =)

Sunday, August 1, 2010

Kisah pak pandir~

Bismillah..

Pak pandir terburu-buru
Mak andir diselubungi sangsi
sebulan berlalu tanpa entry baru
baru kini terasa ingin berkongsi

Di sebuah desa bernama Hegarmanah tinggallah sepasang suami isteri yang berhijrah dari Tanah Melayu. Hidup mereka boleh dikatakan bahagia walaupun tidak dikurniakan zuriat. Pak pandir, si suami sangatlah pemalas orangnya, setiap hari, setiap waktu, detik dan saat hanya menghabiskan masa dengan terbaring di pelantar rumah merenung nasib, mengelamun, berkhayal duit jatuh dari langit, berangan-angan dapat membuka sebuah ladang betik dan akhirnya tertidur. Berbeza pula dengan mak andir, si isteri yang sangatlah rajin, pagi-pagi membuat kupat tahu untuk dijual, tengah hari sibuk menyiapkan gehu pedas untuk di jual sebelah petang dan malam menjahit tempahan-tempahan celana, dan gamis.

" Bapaknye, pergilah keluar mencari rezeki, membuat amal kebaikan", cadang mak andir di suatu hari.
Setelah memikirkan cadangan mak andir, pak andir lantas masuk ke rumah dan keluar bersama beg berisi kelengkapan bermusafir. Mak andir kaget di muka pintu. " Aku keluar mencari rezeki ", kata pak pandir bernada serius.

Bermulalah pengembaraan pak pandir untuk 'mencari rezeki'.Liku-liku jalan tanah tidak berturap tar, berbatu-batu seperti terapi refleksologi, debu-debu tanah mengalahkan padang pasir di tempuh sehingga sampai di suatu persimpangan jalan. Pak pandir berhenti. Memandang ke bawah, terlihat olehnya satu benda yang sangat menarik, berwarna hitam kecokletan, separa pejal, bentuk yang sedikit berpusar, cantik dan kemas terletak. Terlintas di hati pak pandir, adakah ini 'rezeki'? adakah ini binatang ? adakah ini pokok?..Pak pandir yang memang terkenal dengan sifat dungunya cuba berfikir dalam keraguan..dalam keadaan ragu-ragu tentang benda tadi, dengan selambanya pak pandir memegang objek tersebut...

tahukah teman2 apa objek tersebut?? itulah tahi lembu..hahaha =p

Kisah pak pandir yang masyhur dengan kebodohannya sangat menarik perhatian dari semuda-muda usia sehinggalah setua-tua usia manusia. Tetapi kisah pak pandir versi Jatinangor yang saya bawakan ini adalah ciptaan tersendiri yang tidak dapat ditemukan dimana-mana kecuali di blog ini..apa yang saya cuba sampaikan adalah pertama, manfaatkanlah masa dan peluang yang ada dengan sebaiknya dengan perkara-perkara kebaikan..jgn asyik duduk melangut mcm pak pandir tu, bukan dapat apa2 hasil pun..

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw bersabda,
"Di antara (tanda) kebaikan keislaman seseorang adalah ia meninggalkan perkara yang tak berguna baginya." (Hadis hasan diriwayatkan oleh Tirmidzi dan yang lainnya)

Allah pun dah mengingatkan dalam surah Al-Mukminun bahawa sangat beruntung orang yang beriman kalau khusyuk solat, jauh dari perkara lagho, tunaikan zakat, memelihara kemaluan, jaga amanah dan janji kerana Allah dah menjanjikan syurga Firdaus.
"dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna" (23:3)

kedua, saya nak timbulkan isu keraguan..memang tidak dapat tidak kita sebagai manusia lari dari keraguan, was-was, (apa lagi sinonim dia) dalam setiap tindak tanduk kita especially bab-bab makan, halal-haram..

Abu Muhammad Al-Hasan bin Ali bin Abi Thalib r.a., cucu kesayangan Rasulullah saw berkata, Aku telah hafal sabda Rasulullah saw.,
"Tinggalkan perkara yang meragukanmu dan kerjakan perkara yang tidak meragukanmu." (h.r. Tirmidzi dan Nasa'i..)

Pak pandir yang dalam keraguan dengan tak sengaja telah memegang tahi lembu tu..kalaulah pak pandir tahu tentang hadis di atas mesti dah lama dia tinggalkan benda tersebut dan taklah dia bermusafir dalam keadaan busuk tahi lembu..

"Sesuatu yang meragukanmu & kamu ragu didalamnya baik perkara dunia mahupun akhirat, maka yang terbaik ialah kamu meninggalkannya hingga tiada kegelisahan dan kebimbangan dalam dirimu pada apa yang kamu kerjakan"

Sama-samalah kita ambil pengajaran~

Thursday, June 10, 2010

Pohon hijau itu..


Pohon hijau itu berdiri kaku
Pohon hijau itu berdiri kaku
Megahnya di celah pohonan
Ibarat lukisan hidup
Tetap tegak dan kaku
Pohon hijau itu tetap kaku
Lantas desiran kedengaran
Amat sayup dan sayu
Ia mula bergerak
Pohon hijau itu tidak kan kaku lagi
Beralun mengikut tarian bayu
Pohon hijau itu melambai-lambai
Beralun mengukir kehijauan
Begitulah diibaratkan
Dunia dengan kehidupan
Bermulanya di daratan
Kini menuju ke tengah lautan
Angin yang menderu
Datang tak menentu
Ombak memukul pelayaran
Apakan tergoyang keimanan
Untukmu teman bajailah hidupmu
Sirami hatimu dengan ketaqwaan
Dalam mencari keredhaan Tuhan
Hati-hati teman
Meniti salju kehidupan
Nan rapuh bisa cair dan runtuh
Bersama angin lalu kutitipkan harapan
Agar terus tabah hadapi cabaran
Pohon hijau itu yang dulu kaku
Kini mengikut tarian bayu
Pohon hijau itu melambai-lambai
Beralun mengukir kehijauan
Pohon hijau itu tidakkan kaku lagi
Beralun mengikut tarian bayu
Pohon hijau itu melambai-lambai
Beralun mengukir kehijauan
Bila kejayaan sudah digenggaman
Ingat-ingat teman kita kan pulang
Pohon hijau itu kini kaku
Ia tak bergerak lagi
Ia pastikan layu
gugur di taman ini

Antara koleksi lagu nasyid yg menambat hati adalah lagu ni : Pohon Hijau-Brothers..analogi yg diberikan sgt menarik..semoga kita semua menjadi pohon yang tidak kaku sebelum masanya..=)

Tahukah anda :
1. skrg tgh final sem 2, baru jer lps SOCA..alhamdulillah pass with flying colours..more paper to go including OSCE..smg Allah permudahkan segala urusan & memberikan kejayaan kpd ku dan sahabat2 lain..amin
2. tgh study BHP, tiba2 teringat lama dah x update blog..hehe..so here's come this entry [lama dah postpone entry ni]

Wednesday, May 26, 2010

Terima kasih semua..

Bismillah..
Syukur alhamdulillah kerana Allah telah memberi kesempatan untuk terus mencari bekal di dunia ini sebagai jambatan ke akhirat..sudah genap 20 tahun kembara seorang musafir di atas muka bumi ni 25 Mei yang lalu..
"Ya Allah, panjangkanlah usia ku utk terus beribadat kpd-mu, murahkanlah rezeki ku utk diinfakkan pada jalan-mu dan berkatilah hidup ku"
Alkisah bermula..
Jam 7.30 mlm 24 Mei, Mahir yg berada di bilik sebelah tiba2 dtg dgn lesunya mngejutkan ku yg sedang sibuk menyiapkan minit mesyuarat..
Mahir : Nada, jom g makan..lapar ketaq-ketaq ni..pastu kita g klinik, mahir demam la, cuba check badan mahir, panas x? (aku pun meletakkan tangan ke dahi Mahir, x panas sgt pun)
ku : nak makan mana?
Mahir : Refresh yuk..
ku : Jauhnyer
Mahir : Ala..habis tu, ayam laos mana buka mlm2 ni..kita makan dulu pastu g klinik
ku : Oklah..jap ea..(sambung menaip minit mesyuarat)
Dengan rasa berat hatinya utk meninggalkan kerja yg x siap lagi, lantas ku bersiap dan sekitar jam 8.10 dah sampai gerbang [kalau bukan kerana utk meneman Mahir ke klinik, malas dah nak keluar]..
ku : naik angkut ke?
Mahir : x yah la, kita jalan jer la, dekat jer pun
ku : larat ke, dah la demam
Mahir : x pa..
Sepanjang perjalanan ku sibuk menceritakan sekitar mesyuarat MT yang telah berlangsung, tiba2 berhenti bila dah sampai depan Cafe' & Library, punya semangat cerita sampai x sedar dah lepas belum Refresh, [dah memang x tahu Refresh kat mana]
Mahir : er, x tahu la..eh, tu mcm Bryant (kelibat seorg lelaki masuk ke Cafe' tu), jom masuk tanya dia
ku : erm..biar betul Mahir..
Melangkah la kami berdua masuk, ku meninjau-ninjau ruang dalam cafe', x de pun Bryant, tp Mahir dgn lajunyer berjalan masuk ke ruang tengah cafe' dan.....

"HaPPy BirThday to u, HappY BIrtHDay tO u !!.." lagu happy b'day bergema..
perasaan terharu tersangat-sangat bertambah dengan adanya kek yang specially made by Acab [kek batik yg sedap], present by Abu n Bryant [POOH kegemaran ku, tahu2 jer ku menyukai pooh], present by the girls, Fak, Mimi, Mahir, Ain [blouse putih yg unik dan cantik] dan kehadiran kesemua 12 org sahabat seperjuangan dari KTT utk memeriahkan malam sambutan hari lahir ku..Terima kasih semua =)

X cukup dengan itu, balik ke bilik, on FB, wishes birthday bertalu-talu sehingga mata dah lesu utk terus membalas setiap wishes,akhirnya, tidur jam 3.00pg..pagi esoknya, terlintas nak buka laptop sebelum ke kelas[perkara yg jarang ku lakukan], on FB tertera video "hepy bday nada!!" post by mimi..lantas tgn m'klik utk download..[another surprise!] terharu dgn video tu, sgt bermakna and no doubt its the best b'day present ever!..Terima kasih semua =)

Seharian, selepas pulang dari kelas menghadap laptop, membaca dan membalas ucapan yg berjumlah sekitar 120 daripada teman2 UNPAD, senior UNPAD, kawan2 KTT(especially ALL2), kawan2 UNITEN dulu, kawan2 SMKKS, junior sekolah, guru-guru, dan family..setiap perkara baik yang kalian doakan semoga Allah juga memberikan yang sama pada kalian..terima kasih semua =)

Last but not least, berkesempatan b'webcam dgn family di Malaysia selama sejam lebih [syukur internet ok]..mcm2 yg dibicarakan, sedikit sebanyak dpt mengurangkan rindu pada mak,ayah, kaklong, dan adik serta rindu mereka pada ku..
ku : terima kasih wish b'day..nak hadiah?
ayah & mak : hadiah? tunggu la balik M'sia [ada harapan nak dpt hadiah ni..hehe]
mak : dah 20 tahun ni..dah ada yg empunya ke?
tertawa ku mendengar pertanyaan emak dan dgn selamba ku menjawab lmbt lagi la mak =p

itulah alkisah sambutan hari ulangtahun ku ke-20..sujud syukur ku pada Allah..
  

Tuesday, May 18, 2010

Mechanics vs Surgeon

Counting days...counting days...counting days..
its left only 7 days for me to enjoy my teen's years of life..and 18 days before I declare war with my brain..haha..i'll turn 20 on 25th May and by that time arrive my exam is coming closer and closer..uuh scared me..almost one year being a medical student..clinical skills for 2nd sem  already come to an end, tutorial discussing on last case about vaginal discharge, lab activity last to be attended tomorrow..I'm gonna miss all those moments..my group tutor's mate; sothi, ali, jasdev, firdaus, ain, aina, priyanka, and srii you all are great members..we laugh, we chat, we bullying each other, fight against each other LI's..ya(speechless)..I wish you all the success in everything u do..
Here's a joke with a hidden meaning to share ( if u find it a joke la otherwise its just a writting) =)
A mechanic was removing a cylinder head from the motor of a Harley motorcycle when he spotted a well-known heart surgeon in his shop.The surgeon was there, waiting for the service manager to come and take a look at his bike.The mechanic shouted across the garage, "Hey, Doc, can I ask you a question?"
The surgeon a bit surprised, walked over to the mechanic working on the motorcycle. The mechanic straightened up, wiped his hands on a rag and asked, "So Doc, look at this engine. I open its heart, take valves out, fix 'em, put 'em back in, and when I finish, it works just like new. So how come I get such a small salary and you get the really big bucks, when you and I are doing basically the same work?"
The surgeon paused, smiled and leaned over, and whispered to the mechanic...
"Try doing it with the engine running."
some of E1 members with Dr.Afiat in clinical skills
last tutorial with Dr.Vita as a dorsen

Monday, May 17, 2010

Guru o Guru..

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki

Berguru kepala ajar

Ibarat bunga kembang tak jadi



Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.



Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.



Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.


Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Membaca sajak diatas terkenang kembali zaman sekolah tahun 2007 ketika di amanahkan untuk menjadi pengacara majlis sempena sambutan hari guru peringkat sekolah..itulah sajak yang pertama dan terakhir untuk dilafazkan di khalayak ramai (depan cg2 pulak tu)..why?? sebab x reti nak baca sajak..hehe =P
Untuk semua yang pernah menjadi cikgu kepada pelajar yang bernama Qatrunnada ni, terima kasih atas tunjuk ajar, didikan, kasih sayang, leteran nasihat, cubit manja, kerana semua ini 'its what i am today'..

SELAMAT HARI GURU

Dedicated specially to cikgu-cikgu di :
  • Tadika Islam Jelapang, Perak
  • SK Jelapang, Perak
  • SK Kampong Selamat, P.Pinang
  • SK Tasek Gelugor, P.Pinang
  • Park View School, Birmingham
  • SMK Kampong Selamat, P.Pinang

Guru-guru SMKKS

"Ya tuhanku, tambahkanlah ilmuku"

Friday, May 14, 2010

Kakngah sayang mak..

Wanita yang sedang memasak di dapur itulah ibuku,
Wanita yang sedang membeli ikan di pasar itulah ibuku,
Wanita yang sedang mencabut rumput di laman itulah ibuku,
Wanita yang sedang menyapu sampah di ruang tamu itulah ibuku,
Wanita yang sedang menyidai kain di ampaian itulah ibuku,
Wanita yang sedang mengangkat kain dari jemuran dan melipat kain itulah ibuku,
Wanita yang sedang membasuh pinggan di dapur itulah ibuku,
Wanita yang sedang menyediakan minum petang setiap hari itulah ibuku,
Wanita yang sedang melayan dengan sabar kerenah orang tuanya itulah ibuku,
Wanita yang sedang menelan pahit manis suka duka menjadi sebahagian daripada keluarga suaminya itulah ibuku,
Wanita yang sedang mencium tangan suaminya sebelum keluar mencari nafkah itulah ibuku,
Wanita yang sedang membuat belanjawan keluarga itulah ibuku,
Wanita yang sedang beratur membayar bil di pejabat pos itulah ibuku,
Wanita yang sedang memandu kereta dengan cermat itulah ibuku,
Wanita yang sedang memimpin tangan anaknya hingga ke pagar sekolah itulah ibuku,
Wanita yang sedang menonton tv bersama anak-anaknya itulah ibuku,
Wanita yang sedang belajar bersama dengan anak-anaknya untuk membantu menyiapkan kerja2 sekolah itulah ibuku,
Wanita yang sedang menegur kesalahan anak-anaknya itulah ibuku,
Wanita yang sedang  mendidik anak-anaknya itulah ibuku,
Wanita yang sedang memberi nasihat dan semangat kepada suami dan anak-anaknya itulah ibuku,
Wanita yang sedang mendoakan kebaikan dan kebahagiaan suaminya itulah ibuku,
Wanita yang sedang mendoakan kejayaan dan kebahagiaan anak-anaknya itulah ibuku...

"Ya Allah, kasihanilah wanita ini seperti mana dia mengasihi aku sedari kecil lagi"

Mak, kakngah sayang mak..kakngah bangga ada mak sebagai mak kakngah..terima kasih atas segalanya..kakngah minta maaf untuk setiap perkara yang buat mak sedih punya anak seperti kakngah..maaf mak..kakngah sayang mak..

SELAMAT HARI IBU!!

Pn.Norzlita Che Hat

Fikir-fikirkan!

dengan nama Allah yg maha pemurah lg maha penyayang..
pantas sungguh rasanya masa yang berlalu, sekarang dah pun habis minggu kedua bulan Mei..Subhanallah, semoga apa yang telah dilakukan sebelum ini adalah ibadah dan niat ikhlas kerana Allah s.w.t..bukan senang utk merealisasikannya..tp x salah utk kita terus mencuba dan salah kalau kita x cuba =)
"Matlamat hidup"..kalau ada yang menyapa kita dgn bertanya apa matlamat hidup kita, apa agaknya jawapan you all nak bg? of course x da skema jwpn dlm hal ni..hihi..bila tanya org utk apa Allah ciptakan manusia? majoriti akan jawab " Allah jadikan manusia utk menjadi khalifah dan memakmurkan bumi ini "..peringatan utk diri sendiri dan yang lain, adakah kita telah menjadi sepertimana yang Allah mahu kita jadi?? astaghfirullah~

 chef of the night : 'ain izzati', sediakan bahan-bahannya..
siap utk dimakan!!~nymmm

Thursday, April 29, 2010

Si celik dan Si buta

Two men, both seriously ill, occupied the same hospital room. One man was allowed to sit up in his bed for an hour each afternoon to help drain the fluid from his lungs. His bed was next to the room's only window. The other man had to spend all his time flat on his back. The men talked for hours on end. They spoke of their wives and families, their homes, their jobs, their involvement in the military service, where they had been on vacation..

Every afternoon, when the man in the bed by the window could sit up, he would pass the time by describing to his roommate all the things he could see outside the window. The man in the other bed began to live for those one hour periods where his world would be broadened and enlivened by all the activity and colour of the world outside. The window overlooked a park with a lovely lake. Ducks and swans played on the water while children sailed their model boats. Young lovers walked arm in arm amidst flowers of every colour and a fine view of the city skyline could be seen in the distance. As the man by the window described all this in exquisite details, the man on the other side of the room would close his eyes and imagine this picturesque scene..

One warm afternoon, the man by the window described a parade passing by. Although the other man could not hear the band - he could see it in his mind's eye as the gentleman by the window portrayed it with descriptive words.

Days, weeks and months passed.

One morning, the day nurse arrived to bring water for their baths only to find the lifeless body of the man by the window, who had died peacefully in his sleep. She was saddened and called the hospital attendants to take the body away. As soon as it seemed appropriate, the other man asked if he could be moved next to the window. The nurse was happy to make the switch, and after making sure he was comfortable, she left him alone. Slowly, painfully, he propped himself up on one elbow to take his first look at the real world outside. He strained to slowly turn to look out the window besides the bed.

It faced a blank wall.

The man asked the nurse what could have compelled his deceased roommate who had described such wonderful things outside this window. The nurse responded that the man was blind and could not even see the wall. She said, 'Perhaps he just wanted to encourage you.'

Epilogue:
There is tremendous happiness in making others happy, despite our own situations.
Shared grief is half the sorrow, but happiness when shared, is doubled.

If you want to feel rich, just count all the things you have that money can't buy.

 
'Today is a gift, that is why it is called The Present .'